iZZaIyNaS FoToPaGeS - - Fotopages.com
Entry Terakhir Sebelum Pindah..huhuhu..
Sesuatu yang ingin dikongsi:
7 Kalimat untuk diamalkan
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
ikan bawalni dah di 'slices' kan oleh tukang potong ikan tu, jadi tak nampakla rupenye..huhu..
dpt tempe ni, my friend, ina yg bagi..sonok sgt dpt tempe ni, terus buat sambal :-D .
nasi goreng tomyam ni dah 2 kali buat, ulang tayang lagi ni..jgn mare.. :-D
jagung bakar ni plak terpaksa dipatah2kan sebab nak jimat ruang sbb bakar di atas pan. pejam mata yer kalau ternampak yg hitam2 tu LOL
Panas2 ni, jom pekena puding, nak pekena ABC takdak :P
Puding Permata (rossitamz - myresipi), time kasih yer
Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )
** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara ** Untuk agar-agar : Masak susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.
Ayam Masak Lemak dan Pau Kukus Inti Kelapa
1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
2. For terminal diseases: * Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.
3. For the mentally ill: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person’s head once in the morning and once at night, everyday without fail.
4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.
5. For babies who cry at night or at any time: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby’s head.
6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the “langit-langit” of your mouth and rub it onto the injured area. All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best “penawar” for everything
* Read it with full “khusyuk”
* Tawakal to Allah * Use it with GOOD “niat” /intentions.
7.Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first “Allahuakbar” dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati. * Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.
notes taken fm Ust Fatma’s last lecture session taken by her closest friend, Ani:-
Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca ” Ya Badiyah ” 1 x ” Ya Nur ” 1 x ” Ya Hadi ” 1 x ” Ya Allah ” 3 x Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari. 2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)
3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.
4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.
Ayam masak lemak ni ada banyak versi kan, sebab saya tengok, ada yg versi tak letak bawang. Kalau saya buat pulak, mesti nak letak bawang sebab dah terbiasa masak lauk letak bawang. Tak tau ler apa beza dari segi rasanya yg letak bawang dgn yg tak letak bawang tu. Saya rasa kalau versi masak lemak negeri sembilan yg ori punyer kot yg tak perlu letak bawang $-) , maafla kalau salah..main teka je ni..heheh :-D Memandai jer teka, kena saman baru tauuu :cloud9:
hubbyku tak suka ayam masak lemakni, saya makan sorang jer ni..hubby ku makan kuah jer, . shhhyy..kelakarkan, macamni punya org pun ada :-D
Ayam Masak Lemak Cili Api
Bahan2
1/2 ekor ayam (buang kulit & potong kecil)
1 helai daun kunyit (koyak & simpulkan) - saya tak bubuh
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
2 batang serai - diketuk
garam
sekeping asam keping
sebiji tomato (dibelah 4)
1 cawan air
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai ciliapi  (kalau suka pedas boleh tambah)
3 cm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan ayam  lembut
2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau sehingga mendidih semula.
3. Masukkan tomato. Rasakan garam dan tutup api.
Ni lah festaim buat pau sendiri..wakaka!!...Sebelum ni tau makan jer :shy: Sakit tul tangan ni uli pagi2 tadi nak buat untuk bekpes :oh_god: . Tapi, bila dpt makan, sakitpun hilang :weee:
PAU KUKUS TRADISIONAL (kak rinn - tq kak rinn)
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)
Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.
Inti Kelapa
Bahan-bahan:
gula merah
gula putih
sedikit air
daun pandan - tak letak
secubit garam
Cara-cara:
Gaul gula putih, gula merah dan sedikit air. Masak di atas api hingga larut. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan garam. Masak terus hingga naik bau wangi pandan dan adunan tidak berair lagi.
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
pok-pek la pulokkk...... :ar15:
princessharyati ~ ye la yatt oii..pakai tgn ni..adeshh..smpai hubby kata wat jer kuih yg senang2 :-D , padahal bila dah siap dia siap amik tapau bawak pi opis lagik LOL . pssst..yatt pinjam breadmaker :-D
zira ~ cuba dulu zira, kalau tak jadi, cuba lagi..
shariza ~ laa..awat tak habaq, kalau tak dah lama bleh berkenalan :-D . time kasih la sudi singgah kat fp saya ni yg buruk ni. yelah..dorang ni bolehla nak cerewet bagai, bukan dia yg masak pun..kitaa jugak kan.. LOL , saya org selama.
MaDiHa ~ rajinke saya ni $-) , malunyer..ni ler baru festaim buat kuih ni. kalu rajin hari2 mesti buat ni, takpun sebulan sekali ker LOL
shima ~ oohhh..dh bangun yer shima, akak ni jiran yg baik ati shima, tgok jiran senyap kenala ketuk pintu kan, kalau nak 'pau' kue pau tu xde masalah, dtg sini cpat tlg uli, bkn 10biji jer boleh bagi, 18 biji pun akak bagi taw... :-D
Ila ~ akak dh kena tagla ila 8-) , maafla. pi cari mangsa lain :-D
nor ~ tu ler nor, pengukuspun dh masuk kotak..pagi tadi terpaksa bukak kotak balik, kuarkan pengukus tu...leceh tul, nk makannyer pasal :-D heheh..
baayah ~ mmg ler kalo kita sorang jer nk makan bnda tu malas nau nk buatkan, rase mcm tak berbaloi jer..mcm kat sana bole beli, beli jer..sonang :-D
farah shrewsbury ~ mana ada rajinnya, tu baru festaim buat..haha. akakni mmg pemalas org nye, kalau kat mesia tak penah buat kuihni, kalu pi beli kuih, tak pndang $-)  pun kuih ni, suka beli karipap & cucur badak jer. ntah napelah bila duk sini rasa nk buat kuihni plak. hubby farah org mlayu yer, akak ingat mat saleh, napela akak leh pikir camtu $-).
soulha ~ buat pau kaler2 ni mesti anak2 suka kan ;-)
aimah ~ mmg berguna surah alfatihah tu, elokla copy & print, nanti sng nak refer kan...
hus aimah cnggitu gak ke, aiyyo spesies sama ler tu, bolehla geng LOL
masriyah ~ budak2 biasanya kurang suka kalau ayam masak mcm ni, dorang lebih suka goreng atau masak yg kering2 gitu..ayam tu pun terpaksa saya makan sorang, tapi buat tak banyak ler, dh lama tingin nk makan. nak pos tak boleh, sy tlg makan kan jer yer.. :-D
kak anum ~ bkn kelapa parut jer, kelapa yg sebijik2 tu pun ada jual sini, tapi ada kedai2 tertentu jer dan mahal jugak. tmbah lengkuas & halia lagila sedapkan, mak saya pun suka boh lengkuas. :->
pemancing ikan ~ harini tak mancing ker :-D . ye la buah tu masak ranum, sedap tu, kat sini mmg sentiasa ada. tak penah cuba ayam masak tempoyak, ntah2 sedap agaknya :P
madiha ~ ooo..ikan kering yg basah2 sket tu ye...yg tu sy tau. sedap tu goreng campur bawangkan mkn ngan nasi panas2 :P
zara_bee ~ sama2, baguskan fadhilat alfatihah tu, cuma kita yg taktau & kdg2 terlupa nk amalkan. betul tu, kalau bwg out of stok, atau bawang naik harga, bolela wat stail mcm org nogori ni.
jasmeen ~ kalu akak ikut resepi kak rinn ni insyaallah jadi, & lembut jer, cbala.
Kudap-kudapan di Hujung Minggu
malas ler nak hias ngan manik2 perasa jintan tu lagi..cukupla sekali :-D  :-D
Nak share emel drp kawan saya ni,
JANGAN UCAP 'BYE'.....
Dear friends,
Perkataan    merupakan JARUM SULIT kristian...didalam bahasa Arab bermaksud " fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope(paderi) .  jd foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda.semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain.wassalam.
Wallahualam. ..
Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum . .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)
*** Rasa2nya seme org biasa guna ucapan 'bye' ni, termasukla saya sbb tak tau..tapi insyaallah lepas ni takmo lagi guna perkataan ni.
Jenguk2 fp kawan2 ramai yg tayang kek, mana bleh jadi..Tak aci la kan duk telan air liur jer..tu yg buat kek coklat ni. Tapi, bila dh buat, nak makan lak rasa malas...walaupun kek ni tak sebesar mana tapi kalau kat umah ni lambat tul nak abiskannya :oh_god: . Dah bagi kat jiran separuh, nak abihkan yg separuh lagi tu pun siksa, dah tiga hari kek masih tak abis lagi, ada lagi simpan kat peti ais tu.. :-D
Kek Coklat (fendi75-MyR) - t.q
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
Memang dah lama berangan nak buat cucur badak ni sebab tingin nak makan. Tapi, tau2 je la..kuih ni banyak lak step nya, nak kena wat inti la, kena rebus keledek la..bla..bla.. $-) . Dulu, nak makan beli jer kuih ni, tapi kadang2 dapat kuih yg keras, byk letak tepung, ..hilang selera makan. :yakk: kalau baling kat unta, maunyer pengsan unta tu :sick:   :cyclop_1: Ni buat sendiri baru ler puas hati makan...masuk lam mulut jer...rasa nikmatnyer dpt mkn kuih ni :P ..syukur..alhamdulillah. Inti masih ada byk lagi tu, boleh wat lagi kuihni.. :weee:
Cucur Badak (Princessharyati) t.q yatt..sedap
Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )
utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam
utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai - saya guna 4 jbatang jer
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara:
untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengkung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap
*** satu soklan nak tanya, ada sapa2 tau tak, nape nama kuih ni cucur badak $-) , tang "badak" tu yg musykil.. :bad_idea: hisss..konpius..konpius $-)  $-) .sapa yg tau sila angkat tangan yer :-D
nor ~ nak kata bentuknya macam badakpun jauh panggang dr api..hehehe :-D
farah ~ kalau terliur, kena buat le tu...untung yer, hubby farah tak cerewet makan dan suka pulak ngan makan melayu ni.
kak anum ~ cucur badak mmg sedap, sbb tu la sy paksakan diri ni buat gak walaupun malas. sy balik 6.6.eeii..rugi akak tak singgah dubai tau.
wak kumis ~ yg tu salah satu dr sejuta perkara yg harus kita sama2 beri perhatian. tak kira kecik atau besar. kalau kita tak mampu nak ubah yg besar biarlah kita mulakan yg kecik dulu, betul tak wak..
Barang Untuk Dilelong....kwang (3x)
Selepas beberapa siri shopping tak hengat, inilah antara hasil tangkapan yg saya dapat..
Sape2 nak dtg ke dubai ni, haaa..penting tengok2 ni dulu jamu mata supaya tahu antara barang2 yg boleh anda beli kat sini. Saya ni sebab baru fes taim nak balik ni, jadi rembat ler serba sket apa yg patut sebagai buah tangan utk sedara mara kat mesia tu..kalau dah banyak kali balik, rasa2nya takler beli lagi macam ni, maybe beli brg lain la pulak. Setakat ni dua bagasi dah buncit, tapi hubby ku kata ada lagi barang yg belum cukup... $-)  $-)  $-) .
Jomm tengok....zasssss...... :-D
lelongg, lelongg...........murahh..murahh..murahhhh.... :-O  :-O  :-O  :-O
kurma dan yg sewaktu dengannya
ni kurma nabi (ajwa), mahal..sekilo rm120, tu yg beli kotak kecik jer... $-)
tshirt dubai utk dewasa, masa pi beli tshirt ni, peniaga kat souq tu kata, mawi pun ada dtg kedai dia borong tshirt.
tshirt dubai utk kanak2.
macam2 jenis tudung ler...
beg manik
sandal manik-sesuai untuk pakai dalam rumah jer ni..
kekacang
fridge magnet, keychain & hiasan tembaga arab
jalabiya..(macam jubah gak ler lebih kurang)
abaya (jubah arab)
minyak atar..ntah ler baunya sedap ke tak..main amik jer :-D
table runner manik..
aksesori
Itu saja lelongan untuk hari ni yer...sekian terima kasih :-D
Selamat Hari Guru 16 Mei 2008
Sajak - Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Menjadi seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan. Jika dahulu, tugas guru dianggap mulia, tetapi sekarang tidak lagi. Guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dan seringkali dilemparkan pelbagai tohmahan.
Kepada insan yg bergelar guru, jangan biarkan segala cemuhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap guru mengganggu jiwa anda. Selagi niat kita ikhlas untuk mendidik, tidak ada sesiapa dapat menilai kita melainkan Allah SWT. Ingatlah bahawa kita diberi amanah untuk mendidik dan mengasuh generasi yang akan menjadi harapan di masa depan. Jadilah guru yang sentiasa memegang pada janji, membentuk manusia menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Terima kasih kepada guru-guruku, hanya tuhan yang dapat membalas jasa-jasamu.
Saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kpd semua kawan2 fp yg memberi ucapan Selamat Hari Guru kat saya dan guru2 yg lain. Muaaahhhhhhhhhss...
homwek..homwek...dah siap cikgu, lalalalala................
Maafla, saya ni tak reti nak hias bagai page ni, so tibai biasa jer la noo..hrp cikgu2 tak maree..kalau nk hias bagai tahun depan baru siap, keh..keh..keh.. :lol_crash:
7 perkara tentang >>>> NORZAIMAH (ZAIY)...(laa...awat tak mintak 18 perkara..? :lol_crash: )
1  ~ Berasal dari Perak, jodoh ngan org Selangor, jumpa di KL  :argue_mad:
2 ~ Tak suka tengok movie, kecuali citer2 lakonan Jackie Chan. Filem melayu yg cintan-cintun & lawak b***h malas nak tgok, sbb kalu tgok nanti kutuk berbakul2, jadi lebih baik tak tengok..opppss..nanti kena saman, naya :toxic:
3 ~ Suka aktiviti separa lasak (kalau lasak sgt takut gak) :angel_fly: . penah panjat bukit & ekspedisi gua, masuk silat masa kat u dulu, tapi separuh jalan jer sbb malas nak gi latihan. kalau kat umah, suka jadi mek gyver panjat2, ketuk2, sinki tersumbat ke, nak tunggu hubby buat lambat, saya la yg akan buat sendiri :bad_idea:  kadang benda yg rosak tu terus kong   :cyclop_1:
4 ~ Kuat lari (bukan lari dr umah tau)..penah dpt pingat wooo...(cis bangga le tu), 3 thn lpas, naib juara 800m masa sukan kat maktab, lawan ngan anak2 dara tu, kalau ngan mak2 dara agaknya dpt juara kot (eksyennya). :angel:
5 ~ Penah keje ngan swasta 6-7 thn, dan beberapa kali pindah tempat keje, tapi last2 jadik cikgu. (tapi, perangai tak mcm cikgu pun, cikgu aper la mcm ni kan, haiyooo... :you_crazy: )
6 ~ Suka buat jokes :crazy_drunk: , terutamanya bila jumpa kawan2 yg sewaktu dengannya :good_evil_balance: kadang2 buat jokes ngan dinding, mueheheh :you_crazy: , nak wat jokes ngan hubby takleh sbb dia serius :evil: ,
7 ~ Suka menjahit, sikit2la. Tak belajar kat mana2pun, tapi berdasarkan pemerhatian (tgok mak jahit baju) bolehla jahit baju sendiri..tapi kalau malas, tempah jer 8-)
Itu jer serba sikit tentang saya...kalau ada silap dan salah, harap dimaafkan :-D Sekadar nak mengeratkan silaturrahim kan, sebab tu la kena sporting..dahla tercampak kat negara asing ni, takde kawan untuk bersembang, mujur ada kawan2 fp seme..boleh melawat ke serata dunia, kalau tak mati kutu la kat sini :coin:
Saya rasa seme org dh kena tagg, jadi saya pun taknak tagg sesapa..baikkan saya ni :-D
Ini pulak award dr member aka sifu masak cawangan dubai, iaitu princessharyati, http://princessharyati.blogspot.com/ . saya gantung kat sini untuk tatapan seme kawan2 fp. Timer kasih yatt krn sudi bg award ni kat saya.. :->
Nasi Himpit dan Kuah Kacang
Tapi sejak kawin ngan org selangor, tiap2 kali raya nasi himpit ni la juadah utama keluarga suami, saya pun jadi terbiasa la pulak.. :satisfied_nod: lama2 jadi sedap plak kat lidah saya ni :P
Semalam masa operasi mengemas kabinet, jumpalah beberapa paket nasi himpit segera.. :idea: apa lagi malam tadi bermulalah keje2 menghimpit..opppsss..merebus daa..Kebetulan kacang tanah yg dah siap digoreng mmg ada, lagila senang keje.. :angel_fly:
Dah ingat2 lupa nak wat kuah kacang :you_crazy: , pi jenguk kat fp kak rinn, so minta izin kopipes resepi,  t.q kak rinn.
KUAH KACANG IBUNDA (Kak Rinn)
Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas - saya tak letak sbb takde
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam
Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air - saya boh sebesar ibu jari jer
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml
Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.
Kuah Kacang actually taste better after a few hours of cooking it. The longer you let it sit the tastier it becomes. That`s why I normally cook it the night before Hari Raya, so the next morning I`ll find it tastes much much better than after it was cooked.
*** kuah kacang ni, saya ada tambah ayam. Caranya, potong ayam kecil2, gaul garam & kunyit, goreng separuh masak.
Masukkan ayam ke dalam kuah kacang, masa kuah tu sedang menggelegak tu, atau selepas kacang kisar dimasukkan. tak kisah ler nak masukkan bila pun, janji ayam tu bergaul mesra ngan kuah kacang tu jer..hehe. Ni ikut stail arwah MIL nyer kuah kacang 8-). sedap tau, ada ayam :P
shima ~ dah abih dah ganti pose, ni sajer2 wat sbb tingin..jaga hang shima :you_smartass:
princessharyati ~ ishh..takle sdap mana, sifu wat lagi sdap.. :-> ketuk pintu boleh, tapi kena bawak nasik dagang sepinggan :-D
nor ~ dua2 tak sabo nor...terutamanya nak balik tu..yup betol tu :P
anese ~ kot2 cik Ti dah bawak lari kot LOL
hajar ~ kita serupaa..mkn time raya mmg feel dia lain sket, tapi  tak rasa nikmat sgt sbb masa tu perut kenyang mkn mcm2.
baayah ~ haah mmg kalu ltak daging atau ayam, lagi terangkat rasa kuah tu. kalau nk ajak pi umah kena hidang makanan penuh meja dulu tau :-D
farah ~ mmg biasa jumpe time raya je kan, tapi kalau buat hari biasa lagi sedap makan sbb kita duk pulun yg satu ni jer, makanan lain xde..kalau raya byk makanan :->
anis ~ cepat lap air liur tu dan mulakan operasimu... LOL
ziela ~ kalau malas tgok gambar dulu, nanti naik smgt baru buat :->
bigmamma aka ati ~ sedih surat tu, saya dh baca byk kalipun ttp meleleh airmata..
takler sedap mana, baru nk belajar ni.. ;-)
jasmeen ~ himpit cap segera tu yg senang :-D . sbb tu ayam kena goreng dulu, so tak hancur dlm kuah tu. sini musim open hse sehari dua lpas raya jer, pastu musim melawat shopping mall laa (kes beraya di shopping mall :-D )
mamasya ~ mana akak tau sy masak sedap, akak masak lagi sedap :P ikut stail arwah MIL tu masukkan ayam, sedap jugak :P cpat2 buat nanti xpired lak  :-D
masriyah ~ mmg dulu tak suka, tapi skang dah jatuh cinta lak ngan nasi himpit ni, makan sepinggan tak cukup :-D
zara bee ~ ala kak zara ni tak yah mintak izin pun takpe, tu pun bukan saya punya resepi sendiri, intai2 kakak ipar masak...akak dah buat yer, jgn lupa tepek gambo tau.
Laura Handbags Collection ~ nanti saya pi jenguk yer :->
Terung Goreng Bercili dan Choc Chips Banana Muffin
Why PIG FAT is not mentioned but CODE(S) are printed? (WHY E-CODES ARE DEVELOPED)
Forwarding as received, read and shared with your students...
PIG FAT
By Dr. M. Amjad Khan
In nearly all the western countries including Europe, the PRIMARY choice for meat is PIG. There are a lot of farms in these countries to breed this animal. In France alone, there are more than 42,000 Pig Farms.
PIGS have the highest quantity of FAT in their body than any other animal.
Europeans and Americans try to avoid fats. Thus, where does the FAT from these PIGS go?
All pigs are cut in slaughter houses under the control of the department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these pigs.
About 60 years ago, these fats were burnt. Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the making of SOAPS and it worked.
Then, a full network was formed and this FAT was chemically Processed, Packed and Marketed, while other manufacturing companies bought it.
In the meantime, all European States made it a rule that every Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. So, this ingredient was listed as PIG FAT.
Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by the ISLAMIC COUNTRIES at that time, which resulted in a trade deficit.
Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors of the 1857 CIVIL WAR. At that time, Rifle Bullets were made in Europe and transported to the sub-continent through the Sea. It took months to reach there and the gun powder in it was ruined due to the exposure to sea.
Then, they got the idea of coating the Bullets with fat, which was PIG FAT. The fat layer had to be scratched by teeth before using them. When the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some Vegetarians, refused to fight. Which eventually lead to the Civil War.
The Europeans recognized these facts, and instead of writing PIG FAT, they started writing ANIMAL FAT. All those living in Europe since 1970's know this fact. When the companies were asked by authorities from the MUSLIM COUNTRIES, what animal fat is it, they were told it was COW and SHEEP Fat.
Here again a question raised, if it was COW or SHEEP Fat, still it is HARAAM to MUSLIMS, as these animal were not SLAUGHTERED as per the ISLAMIC LAW. Thus, they were again banned.
Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn BILLIONS OF DOLLARS of Profit from their exports to the MUSLIM WORLD.
Finally they decided to start a coding language, so that only their Departments of Food Administration should know what they are using, and the common man is left in the dark. Thus, they started E-CODES. These E-INGREDIENTS are present in a majority of products of multinational firms including, but not limited to
TOOTH PASTE,   SHAVING CREAM   CHEWING GUM,   CHOCOLATE, SWEETS, BISCUITS,   CORN FLAKES, TOFFEES,   CANNED FOODS & FRUITS, SOME MEDICATIONS  & MULTI-VITAMINS
Since these goods are being used in all MUSLIM Countries indiscriminately, our society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity.
So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES.
If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT.  Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game).!
E100,   E110,  E120,  E140,   E141,   E153,
E210,   E213,  E214,  E216,   E234,   E252,   E270,    E280
E325,   E326,  E327,  E334,   E335,   E336,   E337
E422,   E430,  E431,  E432,   E433,   E434,   E435,   E436,   E440,  E470,
E471,   E472,   E473,  E474,  E475,   E476,   E477,   E478,   E481,  E482,
E483,   E491,   E492,  E493,  E494,   E495,
E542,   E570,   E572,
E631,   E635,
E904.
Dr.M.Amjad Khan
Medical Research Institute
United States
Banyak kan senarai E-Codes tu, tak boleh nak ingat seme tu. Jadi kalau nak senang, sy cadangkan print senarai tu dan simpan dlm purse. So kalau nak beli barang boleh chek masa tu jugak. Setakat ni, saya buat mcm tu. Dah nak rabk dah kertas tu sbb selalu duk telek, tangan lak suka berpeluh..kui..kui..
Ok, nak citer pasal makan la pulok, skang ni malas jer..sejak 2 menjak ni dapur agak kurang berasap hubby pulak sllu ajak kuar makan, nk tukar2 selera katanya :-> sukernya hatiku...sbb tak penat nk kena basuh pinggan :satisfied_nod:  kalaula selalu mcm ni kan bagus jugak 8-) .
So, tepaksala  buat tayangan yang tertunda jer la ni.. :-D
ni menu feberet saya
Terung Goreng Bercili
Bahan-bahan
3 - 4 biji terung panjang
3 sudu cili mesin/blend
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit belacan
sedikit ikan bilis (cuci & tumbuk kasar)
garam
gula
sedikit minyak
bahan yg bertanda * hendaklah ditumbuk
Cara-cara:
Terung dibelah dan dipotong dua. Goreng terung dengan 2 sudu minyak hingga agak layu. Angkat dan toskan minyaknya.
Dengan kuali bekas goreng terung tadi, tambahkan sedikit lg minyak (2 sudu). Tumiskan bahan2 yg bertanda * dan cili mesin hingga garing. Masukkan ikan bilis. kacau hingga agak kering, kalau suka kuah tambah sedikit air air. Perisakan dengan garam & gula. Masukkan terung goreng tadi dan gaul rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Sedia untuk dimakan.
Choc Chips Banana Muffin
Sumber : Allrecipes.com
Kiriman : Mummy Roz
INGREDIENTS
1 3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup sugar - saya boh 1/2 jer
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 egg
1/2 cup vegetable oil
1/2 cup plain yogurt - yogurt xde stok, sy gantikan ngan susu segar
1 teaspoon vanilla extract
1 cup mashed ripe bananas
3/4 cup semisweet chocolate chips
DIRECTIONS
In a large bowl, combine the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt.
In another bowl, combine the egg, oil, yogurt and vanilla.
Stir into dry ingredients just until moistened.
Fold in bananas and chocolate chips.
Fill greased or paper-lined muffin cups two-thirds full.
Bake at 350 degrees F for 22-25 minutes or until a toothpick comes out clean.
Cool for 5 minutes before removing from pans to wire racks.
Jemput2 Udang, Ayam Kung Pao & Asam Pedas Kepala Ikan
Oklah, tayang menu yg dh lepas jer ni.
Jemput-jemput Udang
bahan2:
tepung, udang, bwg besar (didadu), cili merah (didadu), air panas, garam, sdikit kiub ayam, telur, daun ketumbar/daun bawang, udg kering /ikan bilis (ditumbuk), minyak.
cara2:
Adunkan air panas ngan tepung, kacau rata. Masukkan semua bahan yg lain dan gaul rata, goreng.
*** saya tak bubuh soda bicarbonat atau sebarang bahan penaik sbb tak suka ia menyerap banyak minyak :-D
Ayam kung pao ni fes taim buat, sedap jugak. Kelakarla, masa tengah masak ayam ni, teringat pulak kat Jackie Chan $-) , nape ntah..maybe sbb nama ayam tu kung pao..dekat nak sama mcm kung fu :lol_fast:
time kasih kpd yg empunya resepi.
KUNG PAO CHICKEN
Sumber: Cranko21
Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam
Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.
Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
garam - kalau perlu
Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.
***saya tabur ngan bijan sbg hiasan
TAG & AWARD ibu2 sedunia dan Surat Untuk Mak
untuk shima, masriyah dan kak anum, time kasih yer coz sudi bg award ni kat saya dan ini pulakk MISI KHAS tuk tukang2 masak...bkn MISI ANGKASAWAN NEGARA yerkkk
Quote:
Misi CookingBookmark.com
1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.
Untuk TAG ini, anda perlu:
1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/ Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini
So, skang nak pass kat sapa lak erk $-) , rasa2 mcm seme dh dpt kot sbb saya tertinggal ketapi ni. Walaubagaimanapun, saya tetap ingin menghadiahkan award ini untuk kawan2 yg sudi melawat di fp saya.
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya, opppss..selamat hari ibu untuk seme yg bergelar ibu dan juga bakal2 ibu. Semoga kita seme akan menjadi ibu mithali yg akan menjadi contoh kepada anak2 kita nanti, insyaallah.
Sempena hari ibu ini, saya ingin berkongsi cerita ini. Kepada sekalian sahabat yang membaca surat ini..
Marilah sama2 kita hayati kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu kepada kita.....sungguh tidak dpt dibalas walau dengan wang ringgit sekalipun. Kita sangat bertuah jika masih memiliki ibu..dan kepada sesiapa yang sudah tiada ibu, sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepadanya....
SURAT UNTUKMU IBU
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir dua tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak sudah berubah..tidak seperti biasa..
asyik termenung menyepi diri.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
Pastu mak tak marah-marah cucu mak....
tidak seperti selalu..mak membelai mereka. ..
pastu mak meminta macam2 untuk makan..
seperti pizza..daging..dan sebagainya.....
padahal hakikatnya mak tak pernah dan makan benda tersebut sebelum ini..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
masa tue mak mintak untuk tinggal dikampung.....
mak kata sudah sihat padahal hakikatnya mak tak sihat.....
mak dah dalam kesakitan.
kerana mak...kami hantar mak kekampung..
Bergilir kami bercuti menjaga mak...
paling best aku bercutie selama seminggu untuk menjaga mak
seronok tinggal bersama mak..semua kubuat untuknya..
masak untuknya..basuh untuk nya..dan
kuingat lagie..ketika itu..mak mintak aku masak untuknya
kumasak apa yg hendak dimakan..kusuap mak..
ku sikat rambutnya..kubedak mukanya..
setiap malam ku tidur bersebelahannya..
ku ingat lagi..kdangkala aku dikejut oleh rintihannya
mungkin itulah yg pernah dilakukannya terhadap ku dulu..menjga setiap malam
itulah penderitaan mak yang dapat kurasakan.....
Mak.....
selama seminggu ..aku menemankan mak..kini aku terpaksa kembali bertugas..
sedih rasanya nak tinggalkan mak...
kini giliran akakku mengantikan tempat ku dikampung..
sayu sedih perasaan ini..
sabn hari aku telepon kekampung..bertanya kepada kakakku keadaan mak..
akak kata..keadaan mak makin teruk..aku bercadang ingin pulang kekampung hujung minggu..
Arie khamis..aku dapat panggilan dari kampung..
masa tue aku ada meeting..tak sempat nak angkat call
aku call balik..tetiba kedengaran suara org menangis..
akakku meminta aku pulang kekampung segera...
mak dalam keadaan tenat...
bergengup jantungku..
ku pulang kekampung bersama abang ku..kakak iparku dan adik ku
dalam perjalanan
aku dapat panggilan lagie..tapie kali nie bukan panggilan biasa
panggilan beserta air mata..apa mak dah tiada...terkejut bukan kepalang
tetiba mataku berlinang dgn air
sedih bukan kepalang
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
rumah sudah dipenuhi jiran tetangga..sanak saudara..
masuklah aku dgn linangan air mata..melihat sekujur tubuh ditutup kain batik...
bertambah laju linangan air mata..tiada apa dpt kuucapkan..
sorang demi sorang..menepuk bahuku...menegur tingkh lakuku...
aku rasa sungguh sayu...
dengan linangan air mata..kubaca yssin dalam kesyahduan..
malam tue...aku tertidu disebelah ibu lagie..sehingga dikejutkan oleh abangku..
kami bergilir membaca yassin sehingga kesubuh...
Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
akak dan menantu mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya mereka mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter tak boleh mandikan...kerana kiter lelaki.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik ....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembahyang,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
semua anak mak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh kerja dan rase naik kapal terbang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar
anak mak yang dah tak degil
Khas untuk ibuku yang tersayang, Hajjah Mardziah bt Abd Wahid...Selamat Hari Ibu untuk mak, kasih sayang dan pengorbanan mak tak mampu kubalas, hanya doa mampu kutitipkan. Semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNya. I miss u mak :cry: