Want your
own Fotopage?
































 
iZZaIyNaS FoToPaGeS

By: norzaimah ngah ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-May-2008 04:45 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Guru 16 Mei 2008

 


Sajak - Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Quote:
Menjadi seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan. Jika dahulu, tugas guru dianggap mulia, tetapi sekarang tidak lagi. Guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dan seringkali dilemparkan pelbagai tohmahan.
Kepada insan yg bergelar guru, jangan biarkan segala cemuhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap guru mengganggu jiwa anda. Selagi niat kita ikhlas untuk mendidik, tidak ada sesiapa dapat menilai kita melainkan Allah SWT. Ingatlah bahawa kita diberi amanah untuk mendidik dan mengasuh generasi yang akan menjadi harapan di masa depan. Jadilah guru yang sentiasa memegang pada janji, membentuk manusia menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Terima kasih kepada guru-guruku, hanya tuhan yang dapat membalas jasa-jasamu.



Quote:
Saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kpd semua kawan2 fp yg memberi ucapan Selamat Hari Guru kat saya dan guru2 yg lain. Muaaahhhhhhhhhss...



Terima kasih kerna sudi mampir ke FP Wak Kumis Teksi Singapore,Singgah lah selalu Yooh.
Wah Nor suka bergurau yer,sama lah dgn Wak suka bergurau dgn orang yg suka bergurau,tapi Wak benggang bila bergurau dgn isteri Wak,sebab dia buat dak jer bila Wak bergurau,yg tak bolih tahan dia akan berkata dgn serius "Awak ni dah terbiat ker?"
Fri 16-May-2008 23:55
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
byk suka duka jadi cikgi nie kan tapi jasanya akan dikenang sepanjang hayat Sat 17-May-2008 01:00
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Kebetulan sempena hari guru ni, saya pun nak tumpang ucapkan disini "Selamat Hari Guru" !

http://syakirzainol.fotopages.com
http://tintacreativekl.fotopages.com
http://syakirzainol.blogspot.com
Sat 17-May-2008 03:55
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Wednesday, 14-May-2008 12:17 Email | Share | | Bookmark
homwek..homwek...dah siap cikgu, lalalalala................

Homwek ni dpt daripada 2 org cikgu iaitu cikgu shima dan cikgu baayah. Tima kasih yer cikgu2, rajin wat homwek nanti cepat pandai woo..

Maafla, saya ni tak reti nak hias bagai page ni, so tibai biasa jer la noo..hrp cikgu2 tak maree..kalau nk hias bagai tahun depan baru siap, keh..keh..keh..

Quote:
7 perkara tentang >>>> NORZAIMAH (ZAIY)...(laa...awat tak mintak 18 perkara..? )

1 ~ Berasal dari Perak, jodoh ngan org Selangor, jumpa di KL

2 ~ Tak suka tengok movie, kecuali citer2 lakonan Jackie Chan. Filem melayu yg cintan-cintun & lawak b***h malas nak tgok, sbb kalu tgok nanti kutuk berbakul2, jadi lebih baik tak tengok..opppss..nanti kena saman, naya

3 ~ Suka aktiviti separa lasak (kalau lasak sgt takut gak) . penah panjat bukit & ekspedisi gua, masuk silat masa kat u dulu, tapi separuh jalan jer sbb malas nak gi latihan. kalau kat umah, suka jadi mek gyver panjat2, ketuk2, sinki tersumbat ke, nak tunggu hubby buat lambat, saya la yg akan buat sendiri kadang benda yg rosak tu terus kong

4 ~ Kuat lari (bukan lari dr umah tau)..penah dpt pingat wooo...(cis bangga le tu), 3 thn lpas, naib juara 800m masa sukan kat maktab, lawan ngan anak2 dara tu, kalau ngan mak2 dara agaknya dpt juara kot (eksyennya).

5 ~ Penah keje ngan swasta 6-7 thn, dan beberapa kali pindah tempat keje, tapi last2 jadik cikgu. (tapi, perangai tak mcm cikgu pun, cikgu aper la mcm ni kan, haiyooo... )

6 ~ Suka buat jokes , terutamanya bila jumpa kawan2 yg sewaktu dengannya kadang2 buat jokes ngan dinding, mueheheh , nak wat jokes ngan hubby takleh sbb dia serius ,

7 ~ Suka menjahit, sikit2la. Tak belajar kat mana2pun, tapi berdasarkan pemerhatian (tgok mak jahit baju) bolehla jahit baju sendiri..tapi kalau malas, tempah jer


Itu jer serba sikit tentang saya...kalau ada silap dan salah, harap dimaafkan Sekadar nak mengeratkan silaturrahim kan, sebab tu la kena sporting..dahla tercampak kat negara asing ni, takde kawan untuk bersembang, mujur ada kawan2 fp seme..boleh melawat ke serata dunia, kalau tak mati kutu la kat sini

Saya rasa seme org dh kena tagg, jadi saya pun taknak tagg sesapa..baikkan saya ni

Ini pulak award dr member aka sifu masak cawangan dubai, iaitu princessharyati, http://princessharyati.blogspot.com/ . saya gantung kat sini untuk tatapan seme kawan2 fp. Timer kasih yatt krn sudi bg award ni kat saya..


salam...zaiy cikgi ke..hehehe, selamat hari guru Thu 15-May-2008 14:24
Posted by:hajar  - [Link]
cepatnya zai buat homework...hehe orng perak kah??..balik nanti boleh singgah mah akak.. Thu 15-May-2008 16:34
Posted by:masriyah  - [Link]
rupanye kita ni senegeri la ye zaiy...org peghak.... bagus anak murid
cikgu ni, cpt je siapkn homework...
zaiy ni cikgu ngajor kt dubai ke? subjek apa?
Fri 16-May-2008 10:40
Posted by:baayah  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 13-May-2008 08:22 Email | Share | | Bookmark
Nasi Himpit dan Kuah Kacang

 
 
 
Dulu, saya tak le suka sangat ngan nasi himpit ni, makan gitu2 jer, takde ape yg sedap pun nasi himpit ni Kalau makan nasi himpit ni setakat seketul dua, jgn harapla nk tambah lagi Sebabnya, nasi himpit tak popular di tempat saya tak masuk dlm senarai topten kata orang... juadah raya bukan nasi himpit, tapi lemang & ketupat cicah rendang

Tapi sejak kawin ngan org selangor, tiap2 kali raya nasi himpit ni la juadah utama keluarga suami, saya pun jadi terbiasa la pulak.. lama2 jadi sedap plak kat lidah saya ni

Semalam masa operasi mengemas kabinet, jumpalah beberapa paket nasi himpit segera.. apa lagi malam tadi bermulalah keje2 menghimpit..opppsss..merebus daa..Kebetulan kacang tanah yg dah siap digoreng mmg ada, lagila senang keje..
Dah ingat2 lupa nak wat kuah kacang , pi jenguk kat fp kak rinn, so minta izin kopipes resepi, t.q kak rinn
.



Quote:
KUAH KACANG IBUNDA (Kak Rinn)

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas - saya tak letak sbb takde
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air - saya boh sebesar ibu jari jer
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

Kuah Kacang actually taste better after a few hours of cooking it. The longer you let it sit the tastier it becomes. That`s why I normally cook it the night before Hari Raya, so the next morning I`ll find it tastes much much better than after it was cooked.




Quote:
*** kuah kacang ni, saya ada tambah ayam. Caranya, potong ayam kecil2, gaul garam & kunyit, goreng separuh masak.
Masukkan ayam ke dalam kuah kacang, masa kuah tu sedang menggelegak tu, atau selepas kacang kisar dimasukkan. tak kisah ler nak masukkan bila pun, janji ayam tu bergaul mesra ngan kuah kacang tu jer..hehe. Ni ikut stail arwah MIL nyer kuah kacang . sedap tau, ada ayam



Quote:
shima ~ dah abih dah ganti pose, ni sajer2 wat sbb tingin..jaga hang shima

princessharyati ~ ishh..takle sdap mana, sifu wat lagi sdap.. ketuk pintu boleh, tapi kena bawak nasik dagang sepinggan

nor ~ dua2 tak sabo nor...terutamanya nak balik tu..yup betol tu

anese ~ kot2 cik Ti dah bawak lari kot

hajar ~ kita serupaa..mkn time raya mmg feel dia lain sket, tapi tak rasa nikmat sgt sbb masa tu perut kenyang mkn mcm2.

baayah ~ haah mmg kalu ltak daging atau ayam, lagi terangkat rasa kuah tu. kalau nk ajak pi umah kena hidang makanan penuh meja dulu tau

farah ~ mmg biasa jumpe time raya je kan, tapi kalau buat hari biasa lagi sedap makan sbb kita duk pulun yg satu ni jer, makanan lain xde..kalau raya byk makanan

anis ~ cepat lap air liur tu dan mulakan operasimu...

ziela ~ kalau malas tgok gambar dulu, nanti naik smgt baru buat

bigmamma aka ati ~ sedih surat tu, saya dh baca byk kalipun ttp meleleh airmata..
takler sedap mana, baru nk belajar ni..

jasmeen ~ himpit cap segera tu yg senang . sbb tu ayam kena goreng dulu, so tak hancur dlm kuah tu. sini musim open hse sehari dua lpas raya jer, pastu musim melawat shopping mall laa (kes beraya di shopping mall )

mamasya ~ mana akak tau sy masak sedap, akak masak lagi sedap ikut stail arwah MIL tu masukkan ayam, sedap jugak cpat2 buat nanti xpired lak

masriyah ~ mmg dulu tak suka, tapi skang dah jatuh cinta lak ngan nasi himpit ni, makan sepinggan tak cukup

zara bee ~ ala kak zara ni tak yah mintak izin pun takpe, tu pun bukan saya punya resepi sendiri, intai2 kakak ipar masak...akak dah buat yer, jgn lupa tepek gambo tau.

Laura Handbags Collection ~ nanti saya pi jenguk yer











Samalah kita Zaiy..akak pun tak berapa suka sangat dengan nasi himpit nii..biasa makan ketupat jee..
kalau makan nasi himpit dan kuah kacang punn, mesti ada satay..
Wed 14-May-2008 11:36
Posted by:masriyah  - [Link]
nasi himpit ni memang sedap makan dgn kuah kacang.. akak minta izin copy resepi terung goreng bercili zaiy...sedap tadi dah masak...
re: tak de petua apa pun, kek tu pun bila sejuk dia tenggelam sikit kat tengah......tak tahu apa silap nya...
Wed 14-May-2008 13:46
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com.sg  - [Link]
Looking for handbags & shoes collection?? Please feel free to visit my online store http://www.freewebs.com/lauracollection there has many handbags (Louis Vuitton,Gucci,Chanel,Prada & Burberry) in grade AAA++ quality.

Looking for Korea Blouse & Dress?? Please visit my other online store http://www.freewebs.com/appleboutique
Wed 14-May-2008 14:07
Posted by:Laura Handbags Collection
View all 15 comments Add comment


Saturday, 10-May-2008 18:52 Email | Share | | Bookmark
Terung Goreng Bercili dan Choc Chips Banana Muffin

 
 
 
Quote:
Artikel ni memang dh lama ada kat dlm simpanan saya, so nak share ngan kawan2 supaya dpt jadi panduan untuk kita apabila membeli barang2 keperluan seharian esp. kawan2 yg berada di luar negara. Kawan2 yg berada di mesia pun patut baca juga, dan ambil tahu sebab walaupun di mesia ada logo halal, tapi kadang2 ada juga yg produk2 yg 'terlepas' dan ada juga yg menggunakan logo halal palsu.


Quote:
Why PIG FAT is not mentioned but CODE(S) are printed? (WHY E-CODES ARE DEVELOPED)


Forwarding as received, read and shared with your students...

PIG FAT
By Dr. M. Amjad Khan

In nearly all the western countries including Europe, the PRIMARY choice for meat is PIG. There are a lot of farms in these countries to breed this animal. In France alone, there are more than 42,000 Pig Farms.

PIGS have the highest quantity of FAT in their body than any other animal.

Europeans and Americans try to avoid fats. Thus, where does the FAT from these PIGS go?

All pigs are cut in slaughter houses under the control of the department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these pigs.

About 60 years ago, these fats were burnt. Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the making of SOAPS and it worked.

Then, a full network was formed and this FAT was chemically Processed, Packed and Marketed, while other manufacturing companies bought it.

In the meantime, all European States made it a rule that every Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. So, this ingredient was listed as PIG FAT.

Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by the ISLAMIC COUNTRIES at that time, which resulted in a trade deficit.

Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors of the 1857 CIVIL WAR. At that time, Rifle Bullets were made in Europe and transported to the sub-continent through the Sea. It took months to reach there and the gun powder in it was ruined due to the exposure to sea.

Then, they got the idea of coating the Bullets with fat, which was PIG FAT. The fat layer had to be scratched by teeth before using them. When the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some Vegetarians, refused to fight. Which eventually lead to the Civil War.

The Europeans recognized these facts, and instead of writing PIG FAT, they started writing ANIMAL FAT. All those living in Europe since 1970's know this fact. When the companies were asked by authorities from the MUSLIM COUNTRIES, what animal fat is it, they were told it was COW and SHEEP Fat.

Here again a question raised, if it was COW or SHEEP Fat, still it is HARAAM to MUSLIMS, as these animal were not SLAUGHTERED as per the ISLAMIC LAW. Thus, they were again banned.

Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn BILLIONS OF DOLLARS of Profit from their exports to the MUSLIM WORLD.

Finally they decided to start a coding language, so that only their Departments of Food Administration should know what they are using, and the common man is left in the dark. Thus, they started E-CODES. These E-INGREDIENTS are present in a majority of products of multinational firms including, but not limited to

TOOTH PASTE, SHAVING CREAM CHEWING GUM, CHOCOLATE, SWEETS, BISCUITS, CORN FLAKES, TOFFEES, CANNED FOODS & FRUITS, SOME MEDICATIONS & MULTI-VITAMINS

Since these goods are being used in all MUSLIM Countries indiscriminately, our society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity.

So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES.

If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game).!


E100, E110, E120, E140, E141, E153,

E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280

E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337

E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470,

E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482,

E483, E491, E492, E493, E494, E495,

E542, E570, E572,

E631, E635,

E904.


Dr.M.Amjad Khan
Medical Research Institute
United States


Banyak kan senarai E-Codes tu, tak boleh nak ingat seme tu. Jadi kalau nak senang, sy cadangkan print senarai tu dan simpan dlm purse. So kalau nak beli barang boleh chek masa tu jugak. Setakat ni, saya buat mcm tu. Dah nak rabk dah kertas tu sbb selalu duk telek, tangan lak suka berpeluh..kui..kui..

Ok, nak citer pasal makan la pulok, skang ni malas jer..sejak 2 menjak ni dapur agak kurang berasap hubby pulak sllu ajak kuar makan, nk tukar2 selera katanya sukernya hatiku...sbb tak penat nk kena basuh pinggan kalaula selalu mcm ni kan bagus jugak .
So, tepaksala buat tayangan yang tertunda jer la ni..


ni menu feberet saya

Terung Goreng Bercili
Bahan-bahan
3 - 4 biji terung panjang
3 sudu cili mesin/blend
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit belacan
sedikit ikan bilis (cuci & tumbuk kasar)
garam
gula
sedikit minyak
bahan yg bertanda * hendaklah ditumbuk

Cara-cara:

Terung dibelah dan dipotong dua. Goreng terung dengan 2 sudu minyak hingga agak layu. Angkat dan toskan minyaknya.
Dengan kuali bekas goreng terung tadi, tambahkan sedikit lg minyak (2 sudu). Tumiskan bahan2 yg bertanda * dan cili mesin hingga garing. Masukkan ikan bilis. kacau hingga agak kering, kalau suka kuah tambah sedikit air air. Perisakan dengan garam & gula. Masukkan terung goreng tadi dan gaul rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Sedia untuk dimakan.



Choc Chips Banana Muffin

Sumber : Allrecipes.com
Kiriman : Mummy Roz

INGREDIENTS

1 3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup sugar - saya boh 1/2 jer
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 egg
1/2 cup vegetable oil
1/2 cup plain yogurt - yogurt xde stok, sy gantikan ngan susu segar
1 teaspoon vanilla extract
1 cup mashed ripe bananas
3/4 cup semisweet chocolate chips

DIRECTIONS

In a large bowl, combine the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt.
In another bowl, combine the egg, oil, yogurt and vanilla.
Stir into dry ingredients just until moistened.
Fold in bananas and chocolate chips.
Fill greased or paper-lined muffin cups two-thirds full.
Bake at 350 degrees F for 22-25 minutes or until a toothpick comes out clean.
Cool for 5 minutes before removing from pans to wire racks.



*** mmg sedap muffin banana ni, lembut dan gebu..anak suka..ibu setuju..macam iklan jer

bila diingat2.. seram pulak yer dengan berleluasanya penggunaan pig fat tuu....
ohya... kita selalu serupakan.. mcm2 janji2 wt muffin pisang.. hehe.. akak punya muffin tu.. wat seadunan 2hari selesai... tp dptlah bg kat jiran sikit..
Tue 13-May-2008 08:27
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Akak..farah selalu juga buat terung goreng bercili ni kak tapi cuma farah tak letak ikan bilis je..lepas ni kalau buat bolehlah cuba letak ikan bilis lak..akak..thank for the info ye kak..dah salin semua code tu..actually kan kak.. farah kalau beli barang selalu check ada tanda V je for vegetarian..kalau ada tanda tu barulah farah ambil.. Tue 13-May-2008 20:43
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
hannan selalu jugak buat muffin yang guna resipi ni....tapi hannan gantikan gula tu dengan brown sugar..1/2 cawan je...memang dah cukup manis...baking powder pulak 1/2 sudu teh je...dalam banyak2 resipi muffin pisang..yang ni paling best bagi hannan... Sat 17-May-2008 05:33
Posted by:hannan6d
View all 12 comments Add comment


Saturday, 10-May-2008 05:04 Email | Share | | Bookmark
Jemput2 Udang, Ayam Kung Pao & Asam Pedas Kepala Ikan

 
 
 
Quote:
Masa tgah buat entri ni, saya belum start masak lagi, baru pukul 9.30 waktu dubai. Cuaca pula kian panas, dah mencecah 40c. Walaupun Jumaat semalam hari cuti di sini, tapi kami tak kuar ke mana2 pun, duk teperap di rumah jer, takut panas . Waktu malam, barulah kami merayap kuar jalan2 cari makan. Malampun masih terasa bahang panas walaupun matahari dah takde.
Oklah, tayang menu yg dh lepas jer ni.




Quote:
Jemput-jemput Udang
bahan2:
tepung, udang, bwg besar (didadu), cili merah (didadu), air panas, garam, sdikit kiub ayam, telur, daun ketumbar/daun bawang, udg kering /ikan bilis (ditumbuk), minyak.
cara2:
Adunkan air panas ngan tepung, kacau rata. Masukkan semua bahan yg lain dan gaul rata, goreng.

*** saya tak bubuh soda bicarbonat atau sebarang bahan penaik sbb tak suka ia menyerap banyak minyak




Quote:
Ayam kung pao ni fes taim buat, sedap jugak. Kelakarla, masa tengah masak ayam ni, teringat pulak kat Jackie Chan , nape ntah..maybe sbb nama ayam tu kung pao..dekat nak sama mcm kung fu
time kasih kpd yg empunya resepi.

KUNG PAO CHICKEN
Sumber: Cranko21

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
garam - kalau perlu

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.

***saya tabur ngan bijan sbg hiasan



Quote:
Asam pedas ni jiran saya, umi yg bagi. time kasih daun keladi, memang mabelesss . ni kali kedua dah umi bg asam pedas kepala ikan ni. saya ni kalau masak asam pedas ni selalu fail. nanti nak korek resepi dr umi, ble tepek sini .

kung pao chicken nih mmg peberet my hubby & kids....sdp & x pedas...nmpk lak bertaburan ngan bijan tuh....perghhhh (klu lah aku menjadi jiranmu...alahaiiii..beruntungnyer daku)

re : pic tuh mmg spoilt tau...amacam blh nmpk bodyku nmpk besau daaa...psstt..everyday timbang berat bdn tau...horror..horror
Sun 11-May-2008 02:50
Posted by:jasmeen  - [Link]
Sedap cucur udang tu mkn cicah sos....mkn sambil nengok tv anak beranak,sekejap sepinggan licin...
dah beberapa kali nengok ayam kung pao tp belum pernah cuba lagi. besarnya kepala ikan ni...nengok tajam giginya... bertuah Zaiy dpt jiran yg rajin hulur juadah...
Mon 12-May-2008 05:21
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
happy mother day hehhehe.. seap lauk minggu ni.. Mon 12-May-2008 06:25
Posted by:princessharyati
View all 8 comments Add comment


Thursday, 8-May-2008 14:59 Email | Share | | Bookmark
TAG & AWARD ibu2 sedunia dan Surat Untuk Mak

TAG & AWARD ibu2 sedunia from Shima, Masriyah dan Kak Anum. Sejambak bunga dari kak Madiha. Timer kasih seme....





Quote:
untuk shima, masriyah dan kak anum, time kasih yer coz sudi bg award ni kat saya dan ini pulakk MISI KHAS tuk tukang2 masak...bkn MISI ANGKASAWAN NEGARA yerkkk


Quote:
Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu:

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/ Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

So, skang nak pass kat sapa lak erk , rasa2 mcm seme dh dpt kot sbb saya tertinggal ketapi ni. Walaubagaimanapun, saya tetap ingin menghadiahkan award ini untuk kawan2 yg sudi melawat di fp saya.
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya, opppss..selamat hari ibu untuk seme yg bergelar ibu dan juga bakal2 ibu. Semoga kita seme akan menjadi ibu mithali yg akan menjadi contoh kepada anak2 kita nanti, insyaallah.


Sempena hari ibu ini, saya ingin berkongsi cerita ini. Kepada sekalian sahabat yang membaca surat ini..
Marilah sama2 kita hayati kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu kepada kita.....sungguh tidak dpt dibalas walau dengan wang ringgit sekalipun. Kita sangat bertuah jika masih memiliki ibu..dan kepada sesiapa yang sudah tiada ibu, sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepadanya....



Quote:
SURAT UNTUKMU IBU

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir dua tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak sudah berubah..tidak seperti biasa..
asyik termenung menyepi diri.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

Pastu mak tak marah-marah cucu mak....
tidak seperti selalu..mak membelai mereka. ..
pastu mak meminta macam2 untuk makan..
seperti pizza..daging..dan sebagainya.....
padahal hakikatnya mak tak pernah dan makan benda tersebut sebelum ini..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
masa tue mak mintak untuk tinggal dikampung.....
mak kata sudah sihat padahal hakikatnya mak tak sihat.....
mak dah dalam kesakitan.
kerana mak...kami hantar mak kekampung..
Bergilir kami bercuti menjaga mak...
paling best aku bercutie selama seminggu untuk menjaga mak
seronok tinggal bersama mak..semua kubuat untuknya..
masak untuknya..basuh untuk nya..dan
kuingat lagie..ketika itu..mak mintak aku masak untuknya
kumasak apa yg hendak dimakan..kusuap mak..
ku sikat rambutnya..kubedak mukanya..
setiap malam ku tidur bersebelahannya..
ku ingat lagi..kdangkala aku dikejut oleh rintihannya
mungkin itulah yg pernah dilakukannya terhadap ku dulu..menjga setiap malam
itulah penderitaan mak yang dapat kurasakan.....

Mak.....
selama seminggu ..aku menemankan mak..kini aku terpaksa kembali bertugas..
sedih rasanya nak tinggalkan mak...
kini giliran akakku mengantikan tempat ku dikampung..
sayu sedih perasaan ini..
sabn hari aku telepon kekampung..bertanya kepada kakakku keadaan mak..
akak kata..keadaan mak makin teruk..aku bercadang ingin pulang kekampung hujung minggu..
Arie khamis..aku dapat panggilan dari kampung..
masa tue aku ada meeting..tak sempat nak angkat call
aku call balik..tetiba kedengaran suara org menangis..
akakku meminta aku pulang kekampung segera...
mak dalam keadaan tenat...
bergengup jantungku..
ku pulang kekampung bersama abang ku..kakak iparku dan adik ku
dalam perjalanan
aku dapat panggilan lagie..tapie kali nie bukan panggilan biasa
panggilan beserta air mata..apa mak dah tiada...terkejut bukan kepalang
tetiba mataku berlinang dgn air
sedih bukan kepalang
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
rumah sudah dipenuhi jiran tetangga..sanak saudara..
masuklah aku dgn linangan air mata..melihat sekujur tubuh ditutup kain batik...
bertambah laju linangan air mata..tiada apa dpt kuucapkan..
sorang demi sorang..menepuk bahuku...menegur tingkh lakuku...
aku rasa sungguh sayu...
dengan linangan air mata..kubaca yssin dalam kesyahduan..
malam tue...aku tertidu disebelah ibu lagie..sehingga dikejutkan oleh abangku..
kami bergilir membaca yassin sehingga kesubuh...

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
akak dan menantu mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya mereka mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter tak boleh mandikan...kerana kiter lelaki.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik ....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembahyang,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
semua anak mak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh kerja dan rase naik kapal terbang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar
anak mak yang dah tak degil




Quote:
Khas untuk ibuku yang tersayang, Hajjah Mardziah bt Abd Wahid...Selamat Hari Ibu untuk mak, kasih sayang dan pengorbanan mak tak mampu kubalas, hanya doa mampu kutitipkan. Semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNya. I miss u mak



Salam
Sedih baca surat tu. Teringat kat arwah mak kakak.
Kakak tak ada di sisinye masa menghembuskan nafas yg terakhir.
Selamat hari ibu utk zaiy.
Fri 9-May-2008 22:05
Posted by:kak anum alfahanum@yahoo.co.uk  - [Link]
Walaupun masih punya ibu...bila baca surat ini terasa pilu dihati....kerinduan seorang anak terhadap ibu, kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak terbalas.
Selamat hari ibu buat Zaiy.....
Sat 10-May-2008 00:23
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
tak dapat akak bayangkan bertapa sedihnya isi kandungan surat itu..walaupun akak masih punya ibu yang masih lagi sihat..bersabarlah.
Selamat hari ibu buat Zaiy.
Mon 12-May-2008 15:35
Posted by:masriyah  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 7-May-2008 07:39 Email | Share | | Bookmark
Soalan Cepumas kalau hujan turun..hahuhahuhahuha........

 
 
Semalam, pagi2 lagi langit nampak mendung. Kat sini payah nak tengok langit mendung kecuali masa winter jer (tu pun tak selalu sangat). sekali-sekala terdengarla guruh berdentum di langit. Wow, ni tanda2 nak hujan ni Sepanjang duk sini, hampir setahun tak pernah lagi saya dengar bunyi guruh Masa hujan lebat tahun lepaspun takde bunyi guruh, senyap-sunyi jer, tau2 hujan. Setahun dah tak dengar bunyi guruh, kilat apatah lagila. Pandang kat tingkap, tak nampak hujan, tapi bila tengok jalanraya nampak cam basah. Hujan rupanya, Alhamdulillah.

Mulanya ingat nak snap gambar (kalau kat mesia ngigau ke ape nk snap gambar hujan tapi tak jadi sebab hujannya tak boleh nampakpun, ala2 gerimis mengundang, sekejap lak tu, baru bbrapa minit dah hilang .

Balik dr sekolah, muaz pun bgtau, dia nmpak hujan kat sekolah dia, nak tau dia tnya soklan apa, ni la soklan cepumas yg dia tanya, mama tak tido ke masa hujan tu? . Saya cuma gelak je la, teringat masa hujan melanda dubai tahun lepas Masa winter tahun lepas, hujan turun sampai banjir kat dubai dan bbrapa negara arab yg lain. Semua sekolah diarahkan tutup selama 3 hari (kat mesia, kalaulah sekolah tutup sbb hujan, spjg tahun la budak2 bercuti, syokla cikgu2 ). Masa tu, sian muaz, dah pi tunggu bas nak ke sekolah, baru tau sekolah cuti . Sekolahpun tak kuarkan surat mungkin sbb las minit baru dpt arahan. Puncanya ialah jalan jem teruk dan banyak juga eksiden berlaku.

Tu dia...penangan hujan, bila sesekali hujan turun, kelam-kabut depa Aktiviti yg paling best masa tu,...apa lagi, membutaaa Hmmm....patutla muaz tanya

Itu citer pasai hujan, jom citer masak2 lak. Ni la menu sempoi semalam, bukan pasai hujan yer, pasai M jer



tgok daun ketumbar tu pun layu jer sebab dh lama tak hujan

Quote:
NASI GORENG TOMYAM KAK LIZA (thanks kakliza))

Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.




Quote:
Daging Goreng Sempoi

bahan-bahan:
daging - dibersihkan, dihiris dan digaul garam & serbuk kunyit (diperap 15 minit)
bawang besar - potong bulat
bawang putih - diketuk
halia-hiris nipis
sos tiram
garam, gula (jika perlu)
capsicum - dipotong kecil
tomato - dipotong kecil
apa2 sayuran pun boleh dimasukkan jika suka
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Goreng daging dalam minyak yg sedikit dgn cepat (minyak mstilah betul2 panas).
Apabila daging nmpak lembut, angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yg berbaki tadi, tumis bawang besar & bawang putih hingga sedikit layu.
Masukkan sos tiram, daging dan kacau sebentar.
Masukkan sayur2an. kalau suka berkuah bolehlah tambah sedikit air. kacau sebati, dan angkat.



sedapnya.. Thu 8-May-2008 07:49
Posted by:ziela  - [Link]
Tengok pun dah tahu memang sedapp nasi goreng nii..tak ajak kita sama kah makan sama..
psst: nanti pakai baju lit lat dan berkasut tumit tinggi dtng ambil hadiah kat mak kita ok..
Thu 8-May-2008 08:32
Posted by:masriyah  - [Link]
Salam sedap nampak nasi tom yam you nie...Jom singgah fp ina tengok budak baru belajar deco kek....Jangan gelak tau... Thu 8-May-2008 09:14
Posted by:yullina  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 6-May-2008 04:53 Email | Share | | Bookmark
Puff Daging dan Tomyam Campur

 
 
 
View all 4 photos...


Semalam buat puff daddy, opppss..puff daging Puff ni guna belen inti murtabak segera yg saya buat ritu. Resepi ni cilok dari fp kak ida_isk, tokey kapkek dan yg sewaktu dengannya (kak ida..jgn mare yer).
Tima kasih kak ida, krn share resepi yg senang dan sedap tu. Mudah sangat nak buat sbb guna paratha (roti canai segera) sbg kulitnya. Sib bek kat sini pun ada paratha yg jenama 'KAWAN' cam yg kak ida syorkan tu..
Mulanya saya nak buat inti tuna, dah siap beli tuna dalam tin tu, tengok inti murtabak ada byk lagi . Kalau tak guna, sian pulak kat dia. Lain kali nak buat puff tuna la pulak. Resepi inti puff ni ada kat entri murtabak segera kat fp ni. Kalau nk tengok adegan bungkus-membungkus dan lipat-melipat pula, boleh skodeng kat fp kak ida..sini yer,
http://merpati66.fotopages.com/?entry=984392.




Quote:
Tomyam campur ni buat macam biasa jer..Kalau angin malas datang, menu ni la yang menjadi pilihan saya




Quote:
dann...kalau dah buat tomyam, ia akan bertukar menjadi menu ni plak, menu 2 in 1


Salam akak..my favourite tomyam ni..sedapnya cantik pula tengok puff daddy akak tu :-Dmesti sedap sangat ni.. rajin benor akak ni ye..
re:silakan..link aje akak..farah pun dah link fp akak ni kat fp farah..nanti senang nak buat rujukan recipe
Tue 6-May-2008 22:22
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
puff tu td anak akak yg pompuan tunggal tuh suh buat
dia cakap dia tak penah makan puff
sian la pulak...nada suara bg tahu mcm tak penah makan apa2
tp kalo tgk si AiNa ni pp dah mcm donut dah haha

~nt MaMa buatkan utk AiNa~
Tue 6-May-2008 23:53
Posted by:MaMaAiNa  - [Link]
kau membuat ku migrain kerana tomyam itu.. akak nyer roti paratha pun dah berkurun lm esbok tuh..nak wat puff lum tercapai tgn lagi..sebenonyer maleh nak wat inti dia...ada belen inti lg dak??meh r semangkuk, leh akak wat puff gak Wed 7-May-2008 03:00
Posted by:jasmeen  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 5-May-2008 09:03 Email | Share | | Bookmark
Kerabu Mangga

 
 


Code:
Buah mangga belen buat rojak buah ritu ada lagi 2 bijik. Simpan2 pun nanti lama2 buah tu jadi lembik. Sementara buah masih rangup ni baik buat sesuatu. Hari tu dah telan air liur tengok kerabu mangga si nor tu...




Quote:
Kerabu Mangga

bahan-bahan:
2 biji mangga muda - dikupas dan dihiris halus
udang basah - dicelur dan ditoskan (saya x bubuh)
3 biji cili padi
3 biji cili merah (saya x bubuh)
2 sb udang kering - basuh, sangai sebentar dan tumbuk
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
2 helai daun limau purut - dihiris halus (saya x bubuh)
sepokok daun ketumbar - dihiris halus
beberapa helai daun pudina - dihiris halus (saya x bubuh)
3 sb sos ikan (saya x bubuh)
jus limau nipis (saya x bubuh)
garam, gula
1/2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk

cara-cara:
Gaul rata-rata semua bahan kecuali kacang tanah. Letakkan di dalam mangkuk/pinggan dan taburkan dengan kacang tanah di atasnya.


Quote:
Note:
*** Kerabu ni akan lebih enak kalau digaul sejurus sebelum disajikan supaya tak berair dan rasanya lebih crunchy




Quote:
ati--> terasa nikmat bila makan, nak buatpun senang.

zira--> pekena ngan nasi panas memang terangkat .tima kasihle sudi ltak link ni kat fp, saya pun sama gak yer, mintak izin.

Ana-- memang sodap kalu diratah, esp org2 yg suka makan masam2 ni...

zara_bee --> kena wat lebih, khas utk ratah2..

shima--> kat kedai banyak mangga, mcm2 mangga ada, mklum le dubai ni kan dkat ngan india. memang mangga ada setiap masa kat sini. meh ler ke dubai..macam2 ada

nor--> amboi nor..senyap jer, sihat ker? biasala tu nor, nanti nak suh shima nyanyi lagu dia yg hit tu, sesekaliiiii..kurasa teringiiiiginnn...
, bukan daging unta jer kita bg kat dia, daging dhab pun buleh kalau dia nak...

farah_shrewsbury --> salam perkenalan gak untuk farah yer. alaa..kalau farah buat lagi sedap, akak buat tu main tibai jer, banyak bahan tak masukkan . kecik tapak tangan padang pasir kutadahkan..sama2ler kita usha2 yer lpas ni



mcm berjanji kita.. akak pun ada buat kerabu mangga baru ni.. tp kerabu mangga bersantan resepi kak liza.. belum tepek kat fp lagi.. hehehe.. Tue 6-May-2008 08:09
Posted by:MaDiHa  - [Link]
kita punya feberet nii..sedap kann, masam-masam rasanya..ratah gitu pun sedap, hehe..minta cikit boleh??.. Tue 6-May-2008 10:10
Posted by:masriyah  - [Link]
sedapnye kerabu mangga....ni kalo ratah mcm tu saje pn dh sedap sgt.... Tue 6-May-2008 14:10
Posted by:baayah  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Saturday, 3-May-2008 13:09 Email | Share | | Bookmark
ayam bakar, acar timun dan nasi karot

 
 
 
Quote:
Setelah sekian lama plan nak buat nasi karot, akhirnya semalam berjaya gak membuatnya..Malasnyer pasal la ni, nak buat yang senang punnnn rasa susah tapi nak makan rajin ler pulakkkks . Salah satu sebabnya kerana tak tahan tengok nasi karot mamasya dan kak jasmeen... Alhamdulillah, dgn adanya fp kawan2, berjaya memberi motibasi kat diri sendiri untuk rajin sikit jer daripada dulu.

Masa skodeng kat fp kakliza untuk cari resepi ayam bakar lak, nmpak ada banyak opsyen ayam bakar ni. Since saya nk bakar sekor-sekor, so, saya guna resepi ni. Beli ayam pun yg paling comel, rasa2nya ayam ni baru nak meningkat remaja kot . Ayam kat carrefour dubai ni boleh pilih sebab ada banyak saiz, tapi yg dah pencen rasa2nya takda. Tapi, kalau beli kat kedai, seme ayamnya besor2. Saya suka yg comel sbb tak banyak isi dan rencah2 senang nak meresap ke dalam ayam tu. Sedap resepi kakliza ni, muaz dh request suruh buat lagi .Rasa2nya dia makan tak banyak manapun, ada kemungkinan dia suka tengok ayam tu posing kot.




AYAM BAKAR

bahan A:
1 ekor ayam [1.5 kg berat]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

sayuran hiasan:
salad..timun..tomato
kentang [hiriskan setbal 1/2 cm]

Cara
1. Ayam dibbersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Masukkan ayam yg telah direpakan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.
5. Alihkan ayam dalam pinggan yg telah disediakan salad.
6. Susun kentang dan tomatao keliling ayam.
7. Siramkan kuah ayam badan ayam dan hidangkan bersama sos cendawan alda hitam dan coleslaw.



Acar Timun Sempoi
Bahan2:
Timun, bawang besar dan cili merah dibasuh dan dihiris nipis.
Cuka, garam dan gula.
Kalau suka boleh letak hirisan tomato @ karot juga.
Cara2:
Kesemua bahan digaul sebati. Hehe..senangkan?



NASI CARROT
Sumber Fp K.Liza, tq K.liza...

[b]bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan pe